Wednesday, 31 October 2012

Pelancaran Shout! Awards 2012

Pelancaran Shout! Awards 2012 di Avanue K, Kuala Lumpur. Majlis bagi memperkenalkan barisan pengacara, penyampai serta arti-artis yang terlibat dan tercalon dalam Shout! Awards 2012 yang akan diadakan pada 23 November depan bertempat di Sunway Lagoon.

Antara artis yang terlibat seperti The Aggrobeats, Tres Ampre, Man Under Zero Effort, Rosevelt, Wanted Symphony, DJ Bling, Salam Muzik, Jazon Lo, Sharifah Amani, Bunkface, Go Gerila, Amy Search, Farid Kamil dan ramai lagi 


Pelancaran Minggu Kebangsaan Asuhan Dan Pendidikan 2012

Majlis Pelancaran Minggu Kebangsaan Asuhan Dan Pendidikan 2012 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Turut hadir YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tuesday, 30 October 2012

SPAD : i-COP SHE

Sidang media Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC). Turut hadir Tan Sri Syed Hamid Albar bagi bertemu dengan pengusaha bas membincangkan mengenai isu-isu berbangkit serta perlaksanaan "I COP SHE" berkenaan amalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran.

Thursday, 25 October 2012

Malaysia Dalam Kajian Meminda Hukuman Mati

24 Oktober, Kuala Lumpur - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Aziz dalam sidang media di Parlimen memberitahu bahawa Malaysia dalam proses kajian untuk meminda hukuman mati yang berkaitan dengan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. 


Wednesday, 24 October 2012

Majlis Sidang Media Makan Malam Amal H4G

24 Oktober, Kuala Lumpur - Majlis sidang media ini dijayakan oleh NGO MAPIM bagi tujuan mempromosikan makan malam amal  mengumpul dana untuk membina hospital di Gaza, Palestin. Makan malam amal ini akan di isi dengan persembahan oleh artis terkemuka tanah air, Rabbani dan Datuk Syarifah Aini pada 26 Januari 2013. Turut hadir bagi merasmikan majlis ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan dalam sidang media semalam memberi sokongan penuh usaha gerakan mengumpulkan dana bagi pembinaan Hospital di Gaza.

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan 2012

24 Oktober, Kuala Lumpur - Konvensyen ini telah diadakan di Hotel Sunway Putra. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Monday, 22 October 2012

Jonker Bird House Di Melaka

20 Oktober, Banda Hilir - Program lawatan media ke rumah burung berhampiran Jonker Street, beralamat di 77 Jalan Tun Tan Cheng LockMelaka75200. Selain produk berasaskan sarang burung, tempat ini juga memperkenalkan produk Hoko iaitu produk berasaskan koko yang diproses dari Sabah.

Sunday, 21 October 2012

Sambutan Melaka 750 Tahun Di Taman Seribu Bunga

19 Oktober, Ayer Keroh - Majlis makan malam sambutan Melaka 750 Tahun Di Taman Seribu Bunga bersama Yang di-Pertuan Negeri, Tun Khalil Yaakob dan Isteri, Toh Puan Datuk Seri Utama Dato Zurina Kassim. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam, ADUN, Exco Negeri dan Ahli Parlimen.

Lawatan Ke Galeri Macau Melaka

Hendak tahu lebih dekat mengenai Macau? Datanglah ke Galeri Macau yang terletak di Bukit Peringgit berhampiran Ayer Keroh. Segala-gala mengenai sejarah, adat, budaya dan bermacam-macam lagi maklumat boleh diperolehi di galeri ini.


Saturday, 20 October 2012

Majlis Inovasi di Parlimen

Majlis Inovasi di Parlimen yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak