Wednesday, 24 April 2013

Kempen PRU13 Di Petaling Jaya Selatan

23 April 2013, Petaling Jaya - Ceramah PRU13 bertempat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (PJS) oleh calon BN Parlimen PJS, Sheah Kok Fah, calon DUN Taman Medan, Dr Wahab Ibrahim, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Turut hadir tetamu kehormat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. 

Tuesday, 23 April 2013

Ceramah Mantan MB Selangor Masuk PAS

22 April, Shah Alam - Ceramah Perdana yang diadakan bagi mempromosi mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad Bin Muhammad Taib yang baru sahaja menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup. Turut hadir memberi ceramah adalah Mat Sabu, Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan beberapa calon DUN PRU13 bagi Negeri Selangor.

Monday, 22 April 2013

Sekitar Penamaan Calon Di Pagoh

20 April 2013, Johor - Sekitar proses penamaan calon Pilihanraya Ke-13 di Pagoh, Johor. Penamaan calon adalah bagi Parlimen Pagoh (P.143), DUN Bukit Serampang (N.7) dan DUN Jorak (N.8).

Antara calon yang bertanding: 
P.143 - Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN) VS Rozali Jamil Al-Hafiz (PAS)
N.7 - Ismail Mohamad (BN) VS Norhayati Bachok (PAS)
N.8 - Datuk Dr Mohd Shahruddin (BN) VS Saadon Abdullah (PKR)


Friday, 19 April 2013

Majlis Pelancaran Suara Generasiku

12 Mac, Bukit Jalil - Majlis Pelancaran Suara Generasiku yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertempat di Bukit Jalil Kuala Lumpur. Turut hadir adalah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor.


Pengumuman Calon Parlimen BN Wilayah Persekutuan

16 April, Kuala Lumpur - Sekitar pengumuman calon-calon BN yang akan bertanding di Parlimen Wilayah Persekutuan. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Meteri yang juga pengerusi BN Wilayah, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Upacara berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.



Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

19 April, Putrajaya - Majlis Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bertempat di Hotel Everly bersebelahan Kompleks Alamanda. Majlis disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia merupakan janji yang dibuat Najib pada 27 Mac 2013 dengan mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan PPA1M. Harga minima rumah RM150,000, maksimum RM300,000.

Turut hadir calon parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansur,  Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.